Panduan ini merupakan ringkasan kepada isi kandungan pengumuman rasmi bagi memudahkan proses penyerahan karya.
Sila rujuk pengumuman dalam bahasa Korea untuk maklumat lengkap mengenai syarat dan kaedah penyertaan.
【Gambaran Umum】
Agensi Korea Luar Negara menganjurkan "Anugerah Sastera Korea Luar Negara ke-27" yang dibuka kepada warga Korea di luar negara yang menetap di lebih 180 negara di seluruh dunia.
Anugerah ini telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1999 sebagai sebuah platform untuk menggalakkan penulisan sastera dalam bahasa Korea oleh diaspora Korea,
di samping memperkukuh identiti kebangsaan serta memupuk persefahaman antara warga Korea di dalam dan luar negara.
Pihak penganjur amat mengalu-alukan minat dan penyertaan anda dalam pertandingan ini.
【Objektif Utama】
ㅇ Memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan warga Korea luar negara melalui galakan kepada aktiviti penulisan sastera berbahasa Korea
ㅇ Mengukuhkan hubungan dengan tanah air dan meningkatkan persefahaman antara warga Korea melalui aktiviti pertukaran dalam bidang kesusasteraan
【Kelayakan Penyertaan】
ㅇ Kategori pertandingan: Puisi, Cerpen, Esei
ㅇ Kelayakan:
※ Bagi golongan belia (berumur 7 hingga bawah 19 tahun), perlu memiliki kewarganegaraan atau pemastautinan tetap, atau telah tinggal sekurang-kurangnya 5 tahun
※ Tempoh tinggal dan umur dikira berdasarkan tarikh akhir penyertaan mengikut umur genap